Monday 24 October 2016

Mee Bandung .....Memang Sedap!!!!


Satu lagi resepi bila tak nak masak nasi...hik..hik...hik..

MEE BANDUNG
Bahan-Bahan:
1 paket mee kuning  atau 1 kg (dicelur dan tuskan)
100 gm udang (dibuang kulit)
100 gm sotong (dihiris)
1 paket bebola ikan (biar sebiji-sebiji)
2 keping fish cake (dihiris)
2 mangkuk air rebusan kulit udang (stok)
(atau 1 kiub ayam + 2 mangkuk air)
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 biji limau kasturi/limau nipis (belah 2)
2 biji telur  
Sedikit sawi, cili merah (dihiris)
daun sup & daun bawang (dihiris)
1 biji tomato (dibelah)
bawang goreng
Garam & minyak masak
Bahan tumis:-
2 s/b cili mesin
3 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar)
5 ulas bawang merah (ditumbuk/dikisar)
Cara:
1.  Panaskan minyak, tumiskan bawang putih,
       bawang merah & cili kisar hingga garing.
2.  Masukkan stok udang/ayam dan biarkan mendidih.
3.  Kemudian masukkan sos tomato, sos cili,
    sos tiram & garam.
4.  Biarkan mendidih perlahan-lahan.
5.  Masukkan udang, sotong, bebola ikan juga fish cake.
6.  Masukkan sawi, hirisan tomato,kemudian
   pecahkan telor, seakan telor mata kerbau dan
   masak selama 2 minit.
7.  Hidangkan mee yang telah dicelur kedalam mangkuk,
Tuangkan kuah keatas mee, hias dengan bawang goreng, hirisan cili dan hirisan limau juga daun sup/bawang .

Jalan-jalan Cari Makan; ABC - Air Batu Campur

Sunday 16 October 2016

Bahan-bahan Resepi Aiskrim Vanilla Oreo Gebu Tanpa Telur;

1 tin susu cair (250 mL)
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
3 sudu besar susu pekat.*boleh adjust sukatan kalau nak manis lagi/kurang manis
1 peket biskut oreo (*cik tom beli cream o sebab ada sale RM2 je. hihi)

Cara-cara Masakan Resepi Aiskrim Vanilla Oreo Gebu Tanpa Telur;

  1. Masukkan susu cair, ovalette, esen vanilla ke dalam blender @ mixer. Blend selama 10 minit atau sehingga aiskrim kembang 2x ganda.**ciktom guna blender cornell ni enjin tahan boleh blend. kalau guna blend biasa better blend 5 min off then 5min. Risau enjin panas dan cepat rosak.
  2. Dah kembang masukkan 6 keping biskut oreo yang dipatah2kan beserta susu pekat dan blend sehingga sebati.*amik sikit rasa manis ke tak adunan aiskrim ni. kalau rasa tak tambah la lagi sukatan susu. kalau kira biskut oreo tu pun dah terlajak manis!
  3. Ambil baki biskut oreo dan patahkan/ tumbuk kasar2 dan gaulkan dalam adunan aiskrim. *Baru feel makan aiskrim ada gigit2 ketulan oreo jugak kan.
  4. Masukkan adunan aiskrim ke dalam acuan aiskrim. *sebagai hiasan tabur la sedikit oreo atas aiskrim.
  5. Sejukkan adunan aiskrim di dalam freezer bahagian sejuk beku semalaman.
  6. Siap untuk dimakan!
Homemade Aiskrim Vanilla Oreo Gebu Tanpa Telur
RESEPI NASI PAPRIK AYAM
Bahan-bahan
500 gm isi ayam [boleh juga gunakan ayam..potong kecil
6 biji cili api [diketuk]
3 ulas bawang merah [dimayang halus ]
2 ulas bawang putih [dimayang ]
1 btg serai [diketuk]
5 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
3 btg kacang panjang [dipotong pendek]
Garam secukup rasa
sedikit minyak masak
daun limau purut [ koyakkan]
Cara Memasak1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih.
2. Bila kekuningan, masukkan cili api.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air
4. Selepas menggelegak, masukkan isi ayam dan daun limau purut.
5. Biarkan ayam lembut.
6. Hidangkan dengan nasi putih.